Wednesday, January 19, 2011

Objektif Program Pesta Kaamatan & Gawai di Kampus Kita

1. Program ini dilaksanakan sejajar dengan sambutan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai di Sabah dan Sarawak yang telah berlangsung sepanjang bulan Mei dan Jun.

2. Memperkenalkan secara lebih dekat mengenai sambutan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai serta kebudayaan masyarakat Sabah dan Sarawak terutamanya kaum Kadazan, Dusun, Murut, Iban, dan Orang Ulu kepada warga Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan, khususnya  kepada para pelajar yang baru sahaja mendaftar.

3. Menyemai semangat perpaduan bangsa Malaysia yang berbilang kaum.

4.  Membuka mata masyarakat sekeliling yang mana sebagai seorang yang berpendidikan tinggi tidak lupa akan adat dan budaya tradisi masing-masing.

5. Mempromosikan UMS dan Kampus Antarabangsa Labuan sebagai Universiti yang berkonsepkan intelek integrasi sejajar dengan cabaran Wawasan 2020.

No comments:

Post a Comment